Ada satu perkara yang aku sentiasa pegang dalam hidup. Hidup harus bijak memilih. Dalam apa jua situasi sekalipun, aku percaya, kita semua ada hak untuk memilih. Bezanya, samada kita memilih yang baik atau sebaliknya. Jadi aku harus bijak dalam memilih. Pilihan yang aku buat itulah sebenarnya mencerminkan siapa aku. Memilih dalam berkawan, bidang kerjaya, kehidupan dan segalanya. Aku agak lewat untuk membuat pilihan dalam hidup kerana aku masih ada sikap kebergantungan pada ibu bapa. Tapi mak dan ayah sentiasa memberi pilihan pada aku. Aku agak bertuah dari segi itu. Walaupun serba sederhana. Aku masih diberi pilihan meski aku belum mampu membuat pilihan sendiri. Pun begitu, meski aku lambat tentang soal pilihan, pilihan mak ayah tetap yang erbaik untuk aku dalam menelusuri kehidupan aku. Aku dah mencapai umur 2o tahun bulan ini. Dan aku sangat gembira dan bersyukur. Umur 20 tahun seakan angka yang sudah cukup banyak. Tetapi, masih ada kurangnya. Belum ada apa-apa pencapaian yang dapat aku banggakan di usia aku 20 tahun ini. Dan sekarang, mak ayah aku sudah memberi peluang pada aku untuk membuat pilihan sendiri. Pilihan aku? Aku mahu lakukan sesuatu yang membanggakan mereka sebelum umur aku 23 tahun. Dan seterus itu, ada pilihan dan aku boleh memilih apa saja keputusan untuk menjayakanya. Insyaallah.
Monday, December 20, 2010
Sentimental
Ada satu perkara yang aku sentiasa pegang dalam hidup. Hidup harus bijak memilih. Dalam apa jua situasi sekalipun, aku percaya, kita semua ada hak untuk memilih. Bezanya, samada kita memilih yang baik atau sebaliknya. Jadi aku harus bijak dalam memilih. Pilihan yang aku buat itulah sebenarnya mencerminkan siapa aku. Memilih dalam berkawan, bidang kerjaya, kehidupan dan segalanya. Aku agak lewat untuk membuat pilihan dalam hidup kerana aku masih ada sikap kebergantungan pada ibu bapa. Tapi mak dan ayah sentiasa memberi pilihan pada aku. Aku agak bertuah dari segi itu. Walaupun serba sederhana. Aku masih diberi pilihan meski aku belum mampu membuat pilihan sendiri. Pun begitu, meski aku lambat tentang soal pilihan, pilihan mak ayah tetap yang erbaik untuk aku dalam menelusuri kehidupan aku. Aku dah mencapai umur 2o tahun bulan ini. Dan aku sangat gembira dan bersyukur. Umur 20 tahun seakan angka yang sudah cukup banyak. Tetapi, masih ada kurangnya. Belum ada apa-apa pencapaian yang dapat aku banggakan di usia aku 20 tahun ini. Dan sekarang, mak ayah aku sudah memberi peluang pada aku untuk membuat pilihan sendiri. Pilihan aku? Aku mahu lakukan sesuatu yang membanggakan mereka sebelum umur aku 23 tahun. Dan seterus itu, ada pilihan dan aku boleh memilih apa saja keputusan untuk menjayakanya. Insyaallah.
Wednesday, November 3, 2010
Kembara Si Kecil Bertopi

Ada kembara yang selalu bertatih
dalam langkah yang tenang semakin letih
Ada kala halanya ke kiri, ada kalanya ke kanan,
tetapi ....kembara yakin
jejak tujunya selalu ke hadapan
Sesekali sepatu itu berhenti,
untuk kembara menoleh ke belakang barang seketika waktu...
Menoleh untuk meniliti jejak apa yang telah tertinggalkan
Menoleh untuk memahami sisi hidup yang terlepaskan
Menoleh untuk menelusuri jejak waktu yang tersiakan
Kembara tunduk dalam kemarau kontang
Melafaz rasa syukur,
kerana kembara sentiasa tahu
akan ada renai hujan yang akan turun
membawa tetes-tetes hujan
lalu menyapu debu tanah
lalu membasuh hati bernanah
Kembara tidak tahu apa jalannya masih panjang
Kembara tidak tahu adakah papan tanda di simpang jalan
Kembara tidak tahu
Kembara tidak tahu
Kembara cuma mahu mencari arah yang terarah
Kembara cuma mahu menikmati manisnya hati yang belum mati
Kembara cuma mahu mengembara dalam rahsia suka meski diulit luka
Sementara air mata belum hinggap
dalam malam yang senyap
kembara mahu simpan rintih sepi
dalam mawar wangi
dan moga saja sisa itu
selalu bermain di detak nadi
di balik sepatu dan topi.
AINA NABILA AHMAD
Stadium Bukit Jalil
04.55
Monday, November 1, 2010
Memaafkan dan Dimaafkan
Thursday, October 7, 2010
Raya Terakhir Di ASWARA

Ha..semua manis-manis belaka, bukan? hahahahaha..gambar makan aiskrim tu abaikan.Itu semasa jamuan terbuka SENI SINI ASWARA. Makan tak hengat namanya. Segan nak upload yang lain....hihihi....seronok sebenarnya kan pergi rumah terbuka ni....makan-makan-makan.....setiap bulan kalau ada perayaan, kompon jadi belon udara kembang. =)
Sunday, October 3, 2010
Mereka Yang Bikin Aku Senang Jiwa.





untuk menjadi sahabat yang cukup faham dan mengerti aku seadanya.
Aku sayang kalian! Sungguh....
"Hidup Menang, Mati Syurga"....
"Terima kasih kerana menjadi Kejoraku selama ini, yang memberi cahaya penuh suasa
walau diriku padam dalam gelap senja."
1. Dihina, dibenci atau dicaci itu sebenarnya baris duri yang mati,sekadar dogma yang menghiris merah hati, tak perlu kita menyusup ke daerah sunyi atau bersembunyi di dasar desir yang kelabu. Allah Maha Genius memahami suci dalam debu, meletakkan jijik pandangan menjadi cinta dan rindu. Yakin, percaya dan tahu, akhirnya akan ada mahligai indah yang menunggu...
2. Doakan kesejahteraan kepada mereka yang menghina kita, barangkali mereka tidak memahami pedih dan derita kita , Allah menyintai kesabaran, tempatnya di atas bercahaya seperti kejora di jumantara. Biar orang benci dengan takdir kita tapi Allah sayang pada hati kita yang redha, takdir sebenarnya lebih adil dari segalanya.
3. Pada saat kau dipilih menerima anugerah Dekan dan menjadi Pelajar Terbaik Fakulti putriku, kukutip rumpun akasia dan mekar melati,menjadi serbuk sari warna dan syukur pada-Nya,menjadi lambang dan kemilau murni cita-cita.Teruskan berkarya dalam tunduk resmi padi, dalam santun manusiawi , dalam patuh dan hormat Ilahi...
Terima kasih sekali lagi kerana menjadi ayahandaku dunia akhirat!
Wednesday, September 29, 2010
Dan Sejak Itu....

Apabila satu malam temaram
yang gelapnya tiada berbintang
dan gerimis tanpa segan silu gugur
Nah, cuaca sememangnya tidak pernah jujur.
Tetapi,
titis-titis itu
sedikit membasuh lara
di balik kaca...
kaca kita.
Pada sajak yang tak pernah sampai di kotak merah
ku bisik tenang,
dari patah sayapku
lelah ini takkan pernah berhenti
tidak walau sedikit...
rasa ini takkan pernah berhenti
tidak walau sedikit...
Dan sejak itu,
rindu ternyata benar-benar memburu.
Membiru malu.
Aina Nabila
KGS.
Wednesday, August 25, 2010
Rindu
nyala itu masih benderang pada merah senja
Yang tinggal hanyalah sebaris tulisan yang sempat ku bisikkan pada malam ke lima belas,
dalam sujud sunyi temaram.
Untuk sebaris kalimat itu, moga Kau mendengar aku.
Lalu harapan aku selamat pergi
bersama angin rindu
yang takkan pernah putus.
moga rinduku sampai, terbalas.
Saturday, August 14, 2010
The Greatest Torture
Friday, August 6, 2010
Ceritera Indah Pagi
Di sebuah dataran sawah padi
Luas.Hijau.
Sesekali ada desir angin yang membujuk awan untuk terus kekal mendung
Membawa angin-angin hingga ke ceruk sarang anak camar.
Si camar terjaga dari tidurnya.
Bertekad cepat-cepat mahu terbang setinggi awan.
Kerana jika tidak,
bila-bila masa dimakan ular.
Pada suatu indah pagi
Di sebuah dataran sawah padi
Masih sama
Luas.Hijau.
Sesekali ada desir angin yang membujuk awan untuk terus kekal mendung
Membawa angin-angin hingga ke sarang sang ular
Si ular terjaga dari tidurnya.
Bertekad cepat-cepat mahu tangkas menyusur celah padi ..
Kerana jika tidak,
bila-bila masa disambar helang.
Tiadalah kisah kiranya engkau si anak camar atau saja si ular besar.
Bila mana terbitnya matahari.
Maka bersiaplah untuk berlari
secepat-cepatnya.
Kerana akan ada...........................
Pada suatu indah pagi.
Apa hari esok masih indah?
Aku biarkan saja tergantung.Kerana jawapannya ada pada kamu.
Pada aku. Pada kita. Pada semua.Terpulanglah.
------------------------------------------------------------------------------
Ceritera pendek indah pagi.
Aina Nabila Ahmad.
Malam yang Purba
Thursday, August 5, 2010
Karya tak seberapa yang tapi mampu bikin aku senyum
Wednesday, August 4, 2010
Malam Yang Kalah
Untuk terus merasa getar amarah
Untuk terus menahan pahitnya prasangka
untuk terus memendam perih jiwa
Untuk terus membiar luka-luka bersuara,bernanah
Untuk terus berdiri depan mereka berkata-kata,penuh pura
Untuk terus hidup pada dunia penuh dusta
selimutnya sengketa, yang tak pernah aku suka.
Aku tidak cukup kuat.Tidak pernah.
Sungguh.
Malam yang kalah.
Aina Nabila Ahmad
-------------------------------------------------
Wednesday, July 21, 2010
Gelap Senja
Wednesday, July 14, 2010
RAGAM PRAKTIKAL
Aku fikir, ini adalah peluang yang sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman dalam industri. Tidak kiralah industri mana pun, kautlah pengalaman dengan orang-orang yang bekerja walaupun masa praktikal ini boleh dikatakan sangat singkat. Ada sesuatu yang aku belajar semasa praktikal, kelulusan akademik bukanlah segala-galanya. Pengalaman dan cara bekerja jauh lebih berharga untuk mencapai kepuasan kecemerlangan andai kata dah keluar bekerja nanti!
Itulah yang ayah ajar. Aku melihat ayah bekerja, aku juga melihat ayah belajar dulu, result dekan setiap sem dan menerima pingat emas adalah satu kebanggaan yang aku simpan selama ini untuk turut menjejak kecermelangan seperti ayah. Kecemerlangan akademik harus juga diseimbangi dengan keupayaan bekerja. Keupayaan itulah yang aku cari, dan kalau boleh aku mahu mengimbangi kedua-duanya, Insyaallah!Matra Buana 2
Thursday, July 8, 2010
Coretan Masam-masam Manis
Ha... hari ni dah masuk minggu ke-3 aku menjalani praktikal di Pusat Seni USM. Pengalaman yang sungguh berharga bila aku diberi beberapa tugas yang agak mencabar kreadibiliti aku sebagai penulis juga sebagai pecinta teater. Aku diberi kepercayaan penuh oleh Timbalan Pengarah Dewan Budaya Pusat Seni USM, iaitu Encik Omar Bidin untuk menulis 3 buah skrip drama pentas dan akan dipentaskan kurang dari seminggu sebelum aku menamatkan praktikal disini. Sebelum itu, aku sekarang sibuk membantu pihak pusat seni dalam program Matra Buana 2, iaitu lanjutan program Matra Buana 1 pada 2009. Program ini mengumpulkan kesemua persembahan tradisonal dari seluruh Malaysia. Pembabitan aku dalam program ini begitu memberikan aku satu sinar baru dalam dunia seni tradisonal. Tidak kurang ada persembahan tradisonal dari Indonesia juga dari Thailand yang bakal mengangkat program ini sebagai satu persembahan peringkat antarabangsa, Insyaallah, Hari-hari ke pejabat, membuatkan aku bersemangat untuk memberikan yang terbaik di sini. Memandangkan sekarang ini masih lagi di dalam mood Piala Dunia, aku agak sedih dan terkilan apabila Germany, pasukan bolasepak dunia kegemaran aku ditewaskan oleh Spain Sotong. Hanya mampu menduduki tempat ketiga apabila menang ke atas Uruguay 3-2...Arggghhhh, Demikian juga dengan hal Mentor 4, realiti show di TV3.Nani Mentor hanya mampu berada ditempat ketiga, membuatkan aku agak kecewa apabila aku sekerluarga menyokong penuh Uncle Azmeer yang seperti sebahagian dari keluarga kami. Perjalanan pulang dari Stadium MPSA Shah Alam Ahad lepas menjadi agak hambar. Tetapi terubat sedikit apabila Nani dan Uncle Azmeer datang makan bersama kami di restoran Pelita Shah Alam.Semalam aku menerima khabar gembira buat diri aku sendiri serta ma dan ayah. Sedang sibuk di office, aku sempat buka laman web Aswara dan agak terkejut bila keputusan peperiksaan sem 4 dah keluar. agak takut untuk semak, aku gagahkan juga. Alhamdulillah, dengan PNG 3.63 aku melepaskan nafas lega. Firasat aku selepas keluar dari dewan peperiksaan tempoh hari, result akan jatuh merudum sebab ada 2-3 paper yang bikin aku tension. Apapun aku tetap bersyukur, dan aku disini dengan seikhlas hati mengucapkan rasa terima kasih yang tak terhingga buat pensyarah-pensyarah penulisan serta pensyarah wajib akademik yang memberi aku A untuk semua subjek! Dekan untuk kali ke-2 ini memberikan aku kekuatan untuk terus menjadi cemerlang. Aku akan sentiasa ingat satu perkara. Jangan pernah mengejar kejayaan, tetapi jadilah yang cemerlang. Bilamana kita menjadi yang cemerlang, kejayaanlah yang akan mengejar kita! Demikianlah serba sedikit coretan masam-masam manis aku buat kali ini. Inilah hidup aku. Juga hidup sesiapapun. Ada kalanya masam, pahit, manis, atau sapa saja rasa yang harus ditelan, dikunyah tanpa harus dipaksa, itulah lumrah. Aku angap semua ini rezeki dari Allah Taala.dan aku akan sentiasa berusaha mengikut landasan-Nya. Amin.
Saturday, June 12, 2010
FIFA World Cup 2010

Tuesday, June 1, 2010
Airmata 20 Jamadilakhir 1431 Hijrah - Darah Shuhada
Entah mengapa, pagi ini aku agak emosional membicarakan isu peperangan yang jarang sekali aku kurang berminat untuk menyentuhnya walau sedikit. Ada semacam 'soul' yang menggerakkan nurani aku untuk membicara, menghayati dan menelurusi peperangan dunia Islam. Bukan aku tidak sensitif tentang isu ini, cuba aku lebih gemar mengelakkan diri aku dari kesedihan yang aku tak pasti sampai bila. Isu pasukan rela yang dibunuh kejam oleh rejim Israel termasuk warga Malaysia dan Indonesia begitu merobek perasaan aku. Getarnya menusuk sembilu. Sudahlah orang-orang GAZA si anjing Amerika dah tawan, bunuh, seksa dan segala macam hal yang berlaku. Pasukan bantuan , relawan pun turut jadi mangsa. Tuhan, apa sudah jadi dengan bumi-Mu Ya Allah. Darah parah shuhada merata-rata. Tangis anak-anak kecil, orang-orang tua, tak siapa dengarkan. Allahuakbar!
Aku buka laman web yang berkaitan peperangan lewat pagi ini. Hati aku menangis. Jiwa aku. Semuanya. Ya benar, aku selesa disini.Aku bersyukur. Saban hari aku merungut tentang kehidupan. Tapi mereka? Anak-anak GAZA? akan bagaimanakah nanti penghidupan mereka? Bagaimana?? Kadang-kadang aku mahu sekali bertanya kepada Tuhan dan ingin sekali aku menerima jawapanNya. Mengapa harus begitu?
Ada yang mempersoalkan ramai lagi yang susah di Malaysia, kenapa harus bantu Palestin?
Itu antara soalan terbodoh pernah aku dengar. Di Malaysia kamu ada peluang untuk memperbaiki hidup. Kamu hidup dalam keadaan aman. Tak ada peluru, bedil-bedilan yang menghalang kamu untuk cari makan. Tak ada nuklear yang mengancam nyawa untuk keluar mengubah cara hidup. Tidak ada! Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, pen duduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga turut disekat sejak sekian lama. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untukmembantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini.Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah diancam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.
"Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat." (Al Baqarah : Ayat 200)
Monday, May 24, 2010
::Catatan rasa dari Memoir seorang Nabila::
Aku tak pernah diajar atau mengajar diri aku untuk bermusuhan sesama sendiri. Itu sama sekali bukan matlamat hidup aku nak buat perkara sia-sia tak tentu hala. Tapi, aneh sungguh ya, orang yang tak punya apa-apa macam aku, buruk dimata manusia, lagi hina di sisi Tuhan ini, masih ada yang mahu memusuhi. Aku akui, aku jarang bercakap banyak tetapi sesekali aku agak lantang bersuara, dan barangkali ada yang tidak menyenanginya. Tetapi, jauh di sudut kamar hatiku (tajuk lagu weiii), itu sekadar cakap-cakap yang datang dari hati. Ada pepatah inggeris berkata, " telling the truth n making someone cry is better than telling a lie n making someone smile....", jadi aku memilih untuk bercakap jujur, agak naif bunyinya. Tapi, kejujuran itu sangat menyakitkan kadang-kadang, jadi kali ini aku ubah dengan unsur satira atau subteks atau konotatif atau apa saja yang bersifat implisit, benar sekali aku suka melawak, aku suka menggembirakan orang-orang disekeliling aku, tetapi kepada orang-orang yang tertentu (tidak bertujuan untuk bermusuhan sekadar beringat-ingat) sifat-sifat implisit ini barangkali akan wujud. Tapi masih dalam konsep "menggembirakan". Aku juga seorang yang suka menerima teguran. Teguran, bukan sindiran tak kena gaya. Teguran itulah membentuk aku.
Kalau bercakap soal teguran ni, atau proses bentuk membentuk sampai acaun aku menjadi aku yang sekarang, bukan lagi perkataan teguran. Teguran tak menjadi apa-apa bagi seorang budak ketegaq piaq macam aku masa kecil. Tali pinggang, hanger plastik@besi, paip getah, taboh menaboh, cakap saja apa jenis stail dan gaya mak bapak aku tak pernah buh kat aku. (kecuali tendang-menendang), oh..mereka bukan pendera, tetapi MAK & AYAH a.k.a pendidik terhebat zaman 90-an, ah semuanya aku dah rasa. Kalau dulu kami agak dingin(kadang-kadang dok beletiaq, awatlah mak ayah tak memahami, dok pukui ikut dan), tapi sekarang merekalah sahabat karib yang paling akrab , paling memahami! Aku bangga mempunyai seorang mak yang suka berletiaq, dan ayah yang cukup sensitif sifatnya. ; )
Musim Penuh Makna, Penuh Rasa.
Masih ada kurangnya, aku kurang membaca sem ini. Angin malas seperti saja nak menganggu keadaan serba selesa. Maksud aku disini, aku seolah berada di zon yang selesa. Keputusan sem lepas seakan membuat aku terawang-awang. Aku lalai. Lalai lagi. Aku mula tersedar bila aku punya masalah bila menjawab teori yang selama ini menjadi 'makanan'ku dalam memungut markah. Ya, Tuhan. Kenapa aku selalu meletakkan diri aku di dalam zon seperti ini. Lupakah aku pada janji-janji aku dulu. Lupakah aku pada impian lalu. Aku tak mahu jatuh. Tak mahu jatuh. Aku mahu mengekalkan apa yang aku ada sekarang, cuma aku tahu, aku masih lagi berusaha, cuma sedikit lalai. Tak ada apa yang aku harap, melainkan mengekalkan status HPNG yang sedia ada. Pointer 3.51 tu boleh turun bila-bila saja, aku saja yang tak bersedia menghadapi dan berusaha mengelak kemungkinan itu!
Cuti ini insyaallah aku akan cuba membaca dan terus membaca. berkarya dan terus berkarya. Aku dah pun mula menghantar cerpen ke majalah-majalah sejak menang puisi tempoh hari. Kemenangan yang sekecil cuma, memberi seribu satu perangsang untuk terus berkarya. Insyaallah, karya cerpen yang baru ditulis untuk tugasan cereka moden akan disiarkan di majalah Karangkraf Julai ini. Cerpen yang bertajuk Pusaka Paling Perkasa. Terima kasih buat saudari Usna, rakan facebook yang bekerja di syarikat karangkraf yang membuka peluang untuk penulis muda seperti aku terus mengasah bakat menulis cerita-cerita pendek. Aku masih di peringkat awal dalam penulisan cerpen. Tetapi bila sudah menghasilkan dua cerpen, terasa seronok pula. Cuma masalahnya, bahasa aku dalam penulisan cerpen agak kurang baik berbanding puisi. Tapi bak kata Encik Wan, tak perlu tulis hebat-hebat, sederhana pun sudah memadai. Sederhana yang luarbiasa pastinya!
Wednesday, May 5, 2010
TUN ABDUL RAZAK : NYANYI INI TIADA HENTINYA

Tidak perlu disembunyikan nyanyian itu
sedang iramanya cukup indah diceritakan
pada angin semilir
tentang sejarah yang pernah hadir
tentang seorang Razak yang pernah lahir
Tun,
merdu nyanyianmu adalah lagu hati
yang kau bawa sendiri-sendiri
dalam lewat musim lalu
seluruh warga mendengarnya
seluruh alam melihatnya
seri bulan yang kau bawa ada sinarnya
“ Buku Merah ” yang singgah pada puncak cemara
sambil bayangnya indah berkaca
ditabur menjadi benih membangunkan negara
Tun,
kau pernah hidup dalam jenuh keringat tanpa jemu
merasai sejarah para tani yang susah
dan kepayahan yang pernah tersusun pada lumpur dan bendang
pada keperitan menebas hutan membuka ladang
kebun-kebun getah, kelapa sawit di segenap ruang
bagaimanakah dulunya mereka bernafas untuk mengerti
makna tanah dan sekeping rezeki
dalam naskhah hiba tetapi berani
kaulah semangat dan nadi bumi hijau
dan hari ini petani tersenyum puas tanpa risau
Tun,
terima kasih kerana pernah menjadi Perdana Menteri
yang cukup faham pada terbitnya fajar Malaysia
pada awal merahnya , pada mula kilaunya
memimpin sebuah negara bukan sandiwara cuba-cuba
patriotisme bukan sketsa reka-reka
kau terlalu akrab di akar dan dahannya
ada sayang yang cukup mendalam pernah kauselam
ada kasih yang cukup rimbun pernah kauhimpun
meranum , menguntum dan bercantum
Malaysia menjulang mekar dan harum
Tun,
telah lama kau tinggalkan pentas prestij dan prima.
dalam episod penuh budi dan besar jasamu tidak terkira
nyanyi ini tiada hentinya
melodinya bersambung di pentas yang sama
ada sejujur baka dari murni zuriatmu membina nama
tumpahnya membuka agenda
menjayakan kepercayaan seluruh warga
satu Malaysia !
AINA NABILA AHMAD
Pemenang Saguhati Kategori IPTA/IPTS
Sayembara Menulis Pusi Kenegaraan Tun Abdul Razak
Anjuran ASWARA
Bangsawan Syakuntala : Hadiah dari jiwa Pelajar Diploma Tahun 2 sesi 2009/2010
Usai sudah pementasan Bangsawan Syakuntala yang berlangsung di panggung E.T ASWARA pada 30 April sehingga 2 Mei 2010 dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah. Walaupun ada banyak kurangnya, lakonan mantap para pelakon, extra turn dan musician berjaya menutupi kekurangan yang ada. Apapun, sebenarnya, aku akui disini, stroty line yang agak hebat banyak membantu struktur persembahan ini, disamping mendapat bimbingan Seniman Negara Rahman B, serta tunjuk ajar Abag Ijat (Shahrul Mizad). Sudut teknikal yang baik juga tutur menjayakan pementasan ini, terima kasih juga buat abang Tomoe, yang aku baru tahu dia juga salah seorang bekas anak murid ayahanda. Aku suka dengan apa saja bentuk teater. Aku membesar dengan teater, celik-celik lagi aku dah menonton teater kerana aku lahir dari keluarga yang berteater. Jadi aku sudah melibatkan diri dengan macam-macam produksi walaupun tidak secara lansung. Aku menjadikan penulisan bidang utama aku dan bukannya teater kerana aku punya alasan dan sebab-sebab tertentu walaupun jauh disudut hati aku, aku sangat mencintai teater dan dunia pementasan. Dapat majoring dalam penulisan pentas pun, sudah cukup baik untuk aku. Bangsawan bukanlah yang terutama, Aku lebih kepada teater moden. Tetapi, apabila terlibatdengan produksi ini, sedikit sebanyak mengajar aku tentang dunia bangsawan dan dunia produksi khususnya.
Aku antara ahli produksi yang memegang bahagian dokumentasi dan adaptasi skrip secara keseluruhannya. Pun begitu aku masih belum menerima apa-apa laporan lagi dari setiap bahagian. Aku tidak memaksa, kerana aku tahu kerja kalian lebih berat berbanding aku. Jadi aku bagi kalian sedikit masa. Semua pasti letih dengan show yang agak non-stop. Tetapi lemau itu berjaya diatasi dengan semangat-semangat yang kalian ada. Jadi sementara menunggu laporan, aku membantu beberapa bahagian, seperti logistik,F.O.H dan juga pemasaran. Semua antara kami melakukan lebih dari 2 kerja barangkali, kerana produksi kali ini hanya 112 orang,
antara produksi yang tersikit bilangan ahlinya. Dan sebelum itu,aku mahu juga disini merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Fadilah selaku P.M yang banyak menegur dan memberi ransangan, Syiqqin yang banyak membantu dalam dokumentasi,Kelly yang put so much effort on bahagian pemasaran, Kak Ram,(Hanafi) yang sampai ke pagi menyiapkan F.O.H dan mana2 bahgaian lah yang pernah aku bekerjasama. Thank You so much!
Walau apapun, yang pasti, Team Bangsawan kali ini sangatlah KENTAL dan begitu senang bekerja dengan setiap dari mereka. Satu saja yang ingin aku nyatakan disini, andai ada tersalah silap sepanjang perjalanan produksi ini, aku ingin memohon maaf banyak-banyak. Sekian saja untuk ini. Terima Kasih, Salam Bangsawan!
Sunday, April 18, 2010
::metaforabsurd::
bukanlah butiran pasir
melainkan debu yang mendesir
seperti terusir.
Dan tanah menjerit.
Letih, sakit.
dalam kabut penuh carut
Tak mahu menurut
Dan esok.
Jangan pernah percaya pada matahari
Terbitnya bila-bila
Entahkan berubah arah.
Langit akan tetap diam
Sebab ketinggian itu menegaskan jarak
Sedang kau dan aku di kerendahan
dihujani awan hitam berarak
Dalam doa yang tak sempat teraminkan.
Tuhan Kau bukakanlah mata yang belum terbuka
Tunjukkan yang belum terbuka.
Dulu, sekarang dan nanti.
pada aku, dia, juga mereka.
Metafora dari jiwa
AINA NABILA AHMAD
Tuesday, April 13, 2010
Julung-julung kalinya...

Julung-julung kalinya, karya aku dipentaskan, 'Anak' pada malam tadi, di Black Box berkolobrasi bersama dengan karya Kala Dewata, Jalan Yang Benar lakonan pelajar teater tahun 2 ASWARA. Diberi nama 1 Malam 2 Rasa, Teater anak diarahkan oleh Hanafi Mohd Jais, lakonan pelajar filem tahun 1 ,Ikhairi Sha.Karya kedua, yang dilakonkan oleh kawan-kawan seperjuanganku dari fakulti teater juga tidak kurang hebatnya. Apapun , terima kasih daun keladi ku ucapkan kepada Kak Ram yang mengangkat karya ku untuk dipentaskan. Ramai juga yang datang beri sokongan. Dan, tak sabar pula nak tahu apa komen-komen pensyarah teater.Syabas semua, u did a good job freinds, really appreciate it. Thanks.With love.
Mengenang Negarawan melalui Puisi
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pensyarah Jabatan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Shamsudin Othman memenangi wang tunai RM1,500 apabila puisinya "Lelaki Mawar Di Puncak Tamadun" menjuarai kategori dewasa Sayembara Menulis Puisi Mengenang Tun Abdul Razak 2009 anjuran Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Shamsudin, anak kelahiran Tangkak, Johor, yang merupakan penyair puisi moden negara, menewaskan Ahmad Hashim bagi puisinya "Kerinduan Ini" yang mendapat tempat kedua, manakala karya Wahyu Budiwa Rendra Abd Wahid bertajuk "Tun Razak: Bapa Pembangunan Karyawan Agung" memenangi tempat ketiga.
Dekan Fakulti Penulisan Aswara Datuk Dr Anwar Ridhwan dalam satu kenyataan di sini berkata pertandingan sayembara itu mendapat sambutan penulis pelbagai kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Ini menunjukkan penyair mewakili rakyat Malaysia sentiasa menyanjung dan mengenang negarawan seperti Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak," kata Anwar.
Sementara itu bagi kategori IPTA/IPTS, Zulfazlan Jumrah memenangi tempat pertama dan ketiga bagi kedua-kedua karyanya "Nakhoda Bangsa II" dan "Sebutir Permata Di Taman Nusantara", diikuti karya Siti Rabiatul Adawiyah Abdul Hadi, "Madukara Di pohon Persada" memenangi tempat kedua.
Juara bagi kategori sekolah menengah pula adalah Aimi Nur Syahirah Mohd Aimi Zaimi bagi puisi "Tun Abdul Razak: Legasi Patriot Bangsa", manakala tempat kedua dimenangi oleh Azea Atirah Mohd Don bagi karya "Jasamu akan Kukenang" dan Ella Syameen Abu Shuja menang tempat ketiga bagi puisi "Pahlawanku".
Lima karya daripada setiap kategori juga akan menerima hadiah saguhati dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan dilangsungkan di kampus Aswara tidak lama lagi.
- BERNAMA -
Berdasarkan laporan Bernama di atas, hari ni, aku mendapat berita dari En Wan yang tiba-tiba menggemparkan aku di kelas Bahasanya, katanya, nama aku turut tersenarai antara pemenang-pemenang sayembara puisi mengenang Tun Abdul Razak. Nampaknya, nama aku tidak ada dalam senarai kategori IPTA/IPTS. Barangkali, aku cuma memenangi peringkat saguhati. Barangkali. Berdoa untuk itu. Moga saja karya aku turut tersenarai untuk lima hadiah saguhati. Ayahandaku, Ahmad B Hashim (Senibayan) dikalahkan oleh kenalannya, Shamsudin Othman, menyandang tempat kedua. Tahniah untuk itu, ayah! Silap aku juga awal-awal semasa hangatnya sayembara itu diperkatakan, aku dan ayah masing-masing hanya menghantar satu saja karya. Sepatutnya, aku dan ayah hantar 3 karya untuk satu borang. Aduh, tidak mengapa. Cumanya aku harap, lain kali, aku akan lebih banyak menghasilkan karya untuk dihantar ke pertandingan.Malu juga kiranya pelajar IPTA/IPTS lain yang 'conquer' keseluruhan hadiah untuk tempat pertama,kedua dan ketiga dan bukannya pelajar ASWARAsendiri!
Tuesday, April 6, 2010

Namanya kupu-kupu
Namaku rama-rama
Tak pernah sekupu
Tak mungkin seirama.
Siapa sahaja aku bagimu
Siapa sahaja engkau bagiku
Usah ditafsirkan dalam bahasa
Biar kita simpan dijiwa, dimata.
Khabarkan pada laut
Bahawa gelora itu adalah sendu
Khabarkan pada awan
Bahawa biru itu adalah rindu.
Aina Nabila Ahmad
ASWARA
2.45 p.m.
Monday, March 29, 2010
Hentak itu Memukul Aku,
Sunguh aku SUNYI,
Sumpah aku SUNYI.
2.40 a.m
kamar gelita
sunyi bernyanyi lagi
Saturday, March 27, 2010
Rindu pada Raut itu.
kepada rautmu
Akhir-akhir ini aku seperti kembali melihat rautmu yang pernah menyapa atau sekadar sua yang kemudian lenyap oleh waktu, dilumatkan perjalanan, dan di hanyutkan semacam pengembaraan.raut yang menderai tawa, mengurai air mata,membantai rasa. kenangan ternyata begitu renta, seperti saja malam kita duduk di batu itu, saat semburat wajahmu tiba-tiba memenuhi segala pandang, seluruh kenang. Di mac yang lusuh, kita pun menjauh. hanya langkah kakimu yang kekal, selain itu segalanya menguap. segalanya, juga gerai rambutmu yang membuat kata-kataku menggumpal di pangkal lidah, juga jujur tanganmu yang mencengkam garis-garis tentang mimpi mimpi yang kita buru. Yang ku sesalkan hanya satu: mengapa kau hembuskan namaku di malam itu?
aku telah menduga, engkau akan lenyap dalam rinai hujan yang tiba-tiba, padahal beberapa minit sebelumya tanganku masih memungut sehelai rambutmu yang runtuh di hujung kakiku. lalu hanya senyap merayap mengigaukan rinduku pada rautmu. rindu pada kau dan aku.
dari kisah lalu. yang sejenak saja.
-coretan cerpen pendek-
karya aina nabila ahmad
note : tidak pandai mereka cereka cinta. tapi mahu bercinta di dalam karya! ah, sang jiwang menjengah pula! (hahahahah)
Maaf!
menjadi seperti yang engkau minta
namun selama nafas berhembus
aku kan mencuba...
mencuba...
Thursday, March 25, 2010
Can't Wait
Akhirnya.
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih kepada rakan seperjuangan dari fakulti teater terutama kepada Hanafi (Kak Ram)
selaku pengarah yang akan mementaskan karya sulung monologku "ANAK" pada pertengahan April ini.
Terima kasih kerana menghargai karya kecilku yang tak seberapa mana.
Tak sabar menanti detik itu.
Aku tahu kalian dapat buat yang terbaik.
Jumpa malam ini untuk mengubah sedikit isi yang dikritik agak melodrama!
Tidak mengapa, aku terima dengan hati yang terbuka.
Tuesday, March 23, 2010
Ku Tak Ingin Itu TUHAN
Atau membuat dia mahupun kamu murka
tak mahu juga bermuka-muka.
tentang indah cereka
yang sengaja direka-reka
cuma mahu meneka
tak ingin berduka
juga tak mahu, jadi mereka
atau sesiapa yang mengajak derhaka
dan maka,
akulah sang celaka
yang masih leka
sungguh aku tak suka!
AINA NABILA AHMAD
lagi yang lagi.
Monday, March 22, 2010
Sesudah S.U.D.A.H
Sudahkah sudah yang tak sudah?
yang berperang itu
yang menangis itu
yang memerhati itu
yang menanti itu
yang mengharap itu
yang mengejar itu
yang MENCARI itu
belum sudah
belum sudah
belum sudah
Tak sudah sudah!
Entahkan kesudahannya..
Sesudah sudah..
Sudahlah!
AINA NABILA AHMAD
6.21 P.M.
Sunday, March 21, 2010
:: KEBABIAN yang MEMBABIKAN ::
::tahap kesabaran sesiapapun ada hadnya::Maaf untuk kali ini, tidak mahu lansung , dan tidak ingin lansung memaki sebigini rupa. Aku punya perasaan,punya perasaan, punya perasaan. DENGAR ITU!::
STRUKTUR PERTUTURAN DRAMATIK (BABAK)
CERITA
I – Pembukaan dan persiapan
II – Pengembangan
III – Penyelesaian/Peleraian
Penuturan Dramatik adalah menyampaikan cerita naratif adalah menuturkan jalan cerita dengan tujuan penonton memahami. Tidak ada maksud untuk mengganggu emosi penonton. Sekiranya yang disajikan cerita drama atau teater, maka rangka itu dibuat untuk memujuk penonton berpihak kepada watak protagonist dan ikut bersamanya memecah masalah utama dan mencapai tujuan utama. Bagi melahirkan cerita dramatic, resepi klasik ini harus digunakan di dalam konteks 3 babak. Bagi para penulis muda yang kreatif, lazimnya kalau tidak terikat pada konsep klasik yang sudah konvensional, mereka ingin menemukan cara-cara baru.Namun begitu, bagi penulisan dramatic, naskah drama atau skrip filem, kaedah ini masih relevan. Ini kerana metod berdasarkan syarat logik bagi penonton untuk dapat menikmati struktur dramatic yang disajikan. Penonton harus dipersiapkan terlebih dahulu bagi mengenali pokok cerita (persoalan) dan disesuaikan agar mereka ini juga terlibat secara emosional dengan protagonis). Menyediakan penonton dengan pengenalan watak-watak utamanya, harus bermula pada babak. Di dalam babak 2 barulah berlangsung cerita yang sebetulnya. Dan pada babak 3 disediakan kesempatan bagi penonton memantapkan pemahaman terakhir dan menarik kesimpulan.
Babak 1 disebut ‘opening’ atau persiapan. Tugas dan rekayasa(pemantapan) yang dilakukan oleh penulis skrip adalah :
a) membuat penonton cepat memfokuskan pada teater
b) membuat penonton bersimpati pada protagonist
c) membuat penonton mengetahui apa masalah utama protagonist
Ketika drama mula dipentaskan, penonton belum terfokus kepada apa yang nampak dipentas. Maka perhatian penonton pada waktu itu harus dijerat. (dipaksa melihat ke pentas). Cara menjerat perhatian penonton banyak variasi, ertinya banyak cara dan teknik yang boleh dilakukan. Sesuai dengan jenis cerita dan sesuai dengan petutur si penulis skrip. Atau
21 MAC 2010
BILIK KULIAH 7
ASWARA








