Thursday, January 21, 2010
KOSONGNYA JIWA
....dan malam akan semakin menegaskan bahawa waktu telah menindas aku ke lubuk-lubuk sunyi , mengusung diri dalam diam malam yang paling dalam...
Friday, January 15, 2010
MENCARI CINTA ( Milik Yang Perkasa ) : Terpalit satu Seribu kenangan
MENCARI CINTA ( Milik Yang Perkasa )
Kumerenung awan
Di langit yang biru
Bertanyakan
Bilakah nantinya
Cahaya pelangi
Kan menyatu
Di mana harusku
Menemukan cinta
Dan jalur rindu
Dan rasa yang syahdu
Kau dan aku
Tak bisa bertemu
CHO :
Di kejora
Atau purnama
Aku sisipkan
fana cintaku
Walau lebur
Jasad dan jiwaku
Tetap kumenanti
Cinta-Mu yang pasti
Cinta Abadi
Akan kumiliki
Cinta-Mu sejati
Di naluri
Tak perlu kucari
Di manakah lagi
Rahsia-Nya
Kuhanya berdoa
Hadirlah cinta-Mu
Selamanya
Dan kupertahankan
Tak akan tenggelam
Tak akan padam.
Lirik : Aina Nabila Ahmad
Lagu - Minus One : Epilog Cinta Dari Bromley
Penilai : En Siso ( Kopratasa)
-----------------------------------------
Lirik di atas adalah salah satu hasil karya aku yang tak seberapa pada semester lepas. Lirik ini telah dinyanyikan oleh sahabat aku yang sekampung, yang majoring in piano (modern). Terima kasih Leo Azman yang sudi membantu aku pada waktu aku tengah pening mencari penyanyi untuk lagu dan lirik ini. Agak kelam kabut pada ketika itu, bila En Siso mahu lirik-lirik oleh semua pelajarnya dipersembahkan secara minus-one dan akan dinilai oleh dua penulis lirik yang tidak asing lagi dalam industri Malaysia. (tak perlu disebut nama) Tetapi aku kurang bersetuju dengan penilaian yang dibuat oleh kedua penulis ini, bukan kerana apa, kerana mereka hanya tertumpu pada satu genre, dan tidak meluas pemikiran mereka. Jadi bila aku dan rakan-rakan mempersembahkan hasil karya kami yang diluar bidang mereka, kritikan yang diterima, bukan main pedas, macamlah karya mereka 'masterpiece' sangat.

Bukan tak mahu terima teguran, tapi bila semua pelajar dikutuknya, padahal, En Siso sendiri telah menyemak dan menilai hasil kerja kami berulang kali sehinggalah kami betul-betul bersedia mempersembahkannya. Bukan nak mengomel, complain itu ini, aku kira, ramai dari teman seperjuanganku yang lebih hebat karya mereka, juga dikritik, Jadi bermakna, Sekiranya kedua penulis ini mengkritik hasil penulisan hebat teman-temanku, juga mereka mngkritik hasil En Siso juga barangkali. Kerana kami menulis berlandaskan apa yang telah diajar dan itulah yang kami smeua guna pakai. Tiada pujian, melainkan seorang sahaja, walaupun karyanya agak biasa-biasa saja pada pandangan aku. Mungkin kedua penulis ini suka yang biasa-biasa saja. Jadi, mereka tidak akan rasa tergugat mungkin!

Tuesday, January 12, 2010
Di balik calitan kanvas ini.. tersiratnya seribu makna , penuh erti.
1.

3.

3.

Ketiga-tiga lukisan ini barangkali memberikan kita pelbagai persepsi dan penilaian masing-masing. Nampak biasa pada dasarnya, tak punya makna pada siapa-siapa. Tapi tidak bagi aku. Nilai estetiknya hadir melalui jujurnya kasih sayang. Kasih sayang antara keluarga yang hadir dalam nilai seni yang tulus sifatnya. Lukisan ros merah, milik ayahanda, tergantung bersinar di ruang tamu rumah. Begitu juga dengan lukisan kuda putih yang begitu digemarinya. Dan lukisan ketiga milikku, hadiah dari ayahanda juga disematkan diruang dinding, tak sempat aku poskan disini, lukisan ala-ala Pablo Picaso, milik abangku, Fifi untuk dikongsi bersama. Apapun disini, terima kasih ayahanda dan bonda yang begitu mengasihi kami, anak-anakmu sentiasa mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbalallamin.
Monday, January 11, 2010
" One is not born, but rather become, a woman." AKU SUKA INI!
" One is not born, but rather become, a woman." kata simone de beauvoir, pemikir eksistensialis perancis, pencetus gerakan feminisme. perempuan yang digilai oleh lelaki dan perempuan kerana keintelektualannya, keberaniannya mengeksplorasi dunia cinta, kekuatannya meruntuhkan dinding prejudis akibat sekatan gender. saya tersengih. betul. hidup seorang wanita yang tidak kuat ketahanan mentalnya akan dibentuk oleh persepsi masyarakat yang didominasi oleh sudut pandangan primitif yang seringkali pula didominasi oleh kaum lelaki.
Dan akhirnya......
Hari yang teruk dan hari yang terindah buat aku pada tanggal ini, 11 Januari 2010, semalaman aku tak tidur. Memikirkan yang aku harus balik ke ASWARA seorang diri dan mengadap result. Rasa tak sedap hati betul hari ni, sejak malam tadi tak boleh tidur, bangun pukul 5.50 terus mandi dan bersiap. Bas bertolak pukul 7. Sampai di K.L dalam pukul 11.30. Aku kena daftar sebelum 12.30. Ok fine, dah sampai. Tapi dengan beg yang banyak buat aku semak bila bas pula sampai kat pudu tak gerak lansung. Aku usung pulak 3 beg yang aku bawa ke tempat tunggu teksi. Letih!!! Tapi takpa aku dah biasa. Macam mana pun aku kena survive kat sini jugak for another one year. Then, tunggu teksi. 5 biji teksi lalu, semua charge at least Rm 20 ke Rm 25. Gila betul!! Fed up dengan pemandu teksi yang pentingkan diri! Semua orang cari makan la wei, tapi berpada-pada. Kami tetap dilabel sebagai pelanggan atau penumpang. Penumpang harus mendapat perkhidmatan yang baik. Baru pengusaha pun boleh maju, Sama-sama dapat, sama-sama rasa, jangan nak kaut seorang diri sahaja. Unfair! Then akhirnya ada teksi, pemandu Cina yang ambil aku. Bukan nak puji, sepanjang aku berada di K.L, naik teksi. Itulah bezanya. Pemandu Cina lebih berhemah dari pemandu Melayu yang tamak. aku kena RM5.50 tadi. berbanding Rm 25!
Selesai satu hal, aku terus ke unit pendaftaran. Terlupa pula bawa kad matriks, tertinggal di asrama. Dengan keadaan yang letih aku balik ke asrama pula ambil kad dan terus daftar. Daftar saja ada 4 kaunter, beratur panjang mengalahkan kereta api! Ini yang membuatkan aku bebal gila-gila. Sistem pengurusan ASWARA adalah yang terbodoh yang pernah aku lalui. Mana tidaknya. Semua fakulti harus berurusan di kaunter yang sama. Dah tu pula, bila dah settle semua bayaran, hujung sem, ada saja yuran tertunggak! What the ^%$#??? Sistem apakah yang anda jalankan wahai pihak pengurusan ASWARA yang terhebat... Semua complain..ya memang. Bila complain, buat aduan, masih tak ada perubahan. Memang di akui, student disni tak ramai. Tapi bukan kita bangkitkan hal ramai-tak ramai. Bukan hal kuantiti semata-mata, tetapi hal kualiti. Kualiti pengurusan yang terjamin! Boleh beri contoh disini. Aswara banyak melabur pada benda yang tidak penting kadang-kadang. Apa kata, sediakan budget yang kementerian bagi, uruskan 'online system'. Senang untuk semua.
Memang mengecewakan sikap segelintir pihak yang acuh tak acuh dengan kerja. Result pun sampai lewat, surat-surat pun sampai lewat. Kerani disana cuti juga kah??? kerja makan gaji? Nak beratur ambil result tadi pun macam nak menangis saja aku. Huh...tak apalah, aku dah bersabar selama 4 sem, dan hari ni memang aku geram yang tak terhingga.
Keputusan peperiksaan lepas dah pun aku ambil tadi. Alhamdulillah, apa yang aku inginkan dah tercapai. Penat lelah aku tak tidur cukup, terbayar sudah. 3.51 dalam genggaman. Insyaallah Dekan pada tahun ni. Sekurang-kurangnya, result yang aku dapat tadi, mengurangkan sikit penat dan geram aku. Dan aku hadapi semuanya dengan senyuman : )
Terima kasih buat ayah dan mak yang merupakan kekuatan buat aku sepanjang aku menempuh hidup kat sini.perjalanan kakak masih panjang. Ini hadiah buat mak dan ayah untuk sem ini. Terima kasih mak, ayah. I love you both somuch from the bottom of my heart :'). Apapun Terima kasih terutamanya buat pensyarah-pensyarah yang beri aku pointer terbaik pada sem ni. Tak lupa, Puan Su yang dikasihi, 4 flat untuk subjek teori dan apresiasi kritikan teks beliau membuatkan aku teruja sebab, dorongan dan beliau banyak push kami semua fakulti penulisan untuk dapat A sem ni. En zack, skrip cereka TV aku yang ceritanya agak complicated aku buat, masih lagi memberikan kepercayaan kepada aku, A- untuk subjek beliau. Dato' Anwar Ridhwan jugak memberi hadiah A- buat aku bagi skrip drama sebabak. Cayalah. Thank you so much Dato'. Dan tak dilupa juga, En Azman, the coolest lecturer yang aku sendiri tak percaya beliau sudi bagi A untuk subjek psikologi watak yang killer!!! Sikap beliau yang agak susah memberi A pada student memang buat aku terkejut. Apapun...Thank You so so much to all lecturers yang memang best untuk sem 3. Insyaallah aku akan cuba mengekalkan keputusan ini dan meningkatkan lagi mutu pelajaran di sem akan datang. Tahniah juga buat Sis Fadhilah,Bro Nasir dan Bro Yus yang result mereka agak ummpph tahun ni!!! smile from ASWARA : ) with love~~~

Sunday, January 10, 2010
Saturday, January 9, 2010
Jejakku Di Istana Arau,Perlis.
Berakhirnya Teater Keliling Tok Janggut, arahan ayahanda Senibayan di Perlis Indera Kayangan meninggalkan seribu satu erti buat diri aku dan keluarga. Mana tidaknya, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Perlis serta Raja perempuan, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid yang dijemput hadir ke pementasan ini begitu berpuas hati dan ayahanda ,aku sekerluarga serta sahabat krew dijemput pula ke istana untuk santapan tengah hari bersama raja dan permaisuri pada esok harinya. Satu kenangan indah buat aku, dan rasa bertuah kerana tidak semua yang dapat menjejak kaki ke istana semudahnya. Tapi berkat usaha ayahanda yang dihargai pihak raja dan permaisuri, membuatkan aku turut berbangga dengan pementasan Tok Janggut pada kali ini. Syabas untuk semua aktivis teater Tok Janggut dan terima kasih banyak-banyak atas komitmen yang anda semua berikan.
Di sini aku ingin berkongsi secebis kenangan indah aku sepanjang disana. Sebelum ini aku fikir, kehidupan Raja adalah yang termudah di muka bumi ini, Sangkaan ku ternyata salah. Raja memikul tanggungjawab besar, sebagai ketua agama negeri dan beberapa hal lagi yang memerlukan perhatian dari pihak mereka. Menjejakkan kaki ke Istana Arau tempoh hari membuat aku kagum dengan keindahan senibina istana itu sendiri khususnya. Aku agak runsing hari tu tentang pemakaian, aku tak ada pula bawa baju kurung atau pakaian formal. Tak expect pun nak dijemput ke istana, jadi aku dengan slumbernya, memakai jeans dan kemeja lengan panjang. Nasib agak baik, ramai jugak yang kelihatan tak bersedia dari segi pemakain, jadi aku pun biasa sajalah. : )
Kawasan luar muzium Istana Arau.
Tempat pembakaran surat-surat sulit diraja.
Menurut penjaga Istana,aku difahamkan bangunan lama Istana ni, tidak dikenalpasti atau tiada sejarah dan usul yang pasti mengenai pembinaan bangunan ini. Aku juga dibawa melawat ke balairung istana selepas sahaja selesai makan tengah hari diringi oleh setiausaha sulit diraja.
Bersama keluarga, di balairung Istana..
Tempat bersantap Raja dan Permaisuri
sempat lagi aku capture sementara menunggu
ketibaan Raja dan Raja Perempuan Perlis.
Gambar Ma dengan adik yang sempat aku capture.
Setakat ini sajalah yang dapat aku kongsikan. Apa yang best, aku turut menerima saguhati RM50 dari pihak Raja dan Raja Perempuan Perlis sebelum berangkat pulang. Kenangan yang tak akan lupakan dan yang pasti, makanan disana, memang best. Kredit to chef-chef yang baik hati melayan karenah kami!
::When I started to think about my own life::

I have to live with myself and
I want to be fit for myself to know
I want to be able as days go by
To look at myself straight in the eye.
I don't want to stand with the setting sun
And hate myself for the things I've done.
I cannot hide myself from me
I can see what others can never see
I know what others can never know
I cannot fool myself, and so
Whatever happens, I want to be
Self-respecting and conscience free.
|adinda bea|

Friday, January 8, 2010
Tidak seperti yang biasa. Itu Aku.
Rambutku segulung benang malam
gugur di perih bantal, bantal yang kelu
kusut kisahku, kisah burung hantu
memintal sesal, sesal hitam sembilu.... :' (
::HADIAH DARI AYAHANDA ::
DI DEPANMU ADA SINAR, MULA MEKAR....
buat Aina Nabila pada Majlis Anugerah Cemerlang)
Apabila kau berdiri menerima anugerah itu
ayah mahu kau melihat
percik warna gembira
terpalit pada sukma
ayah mahu kau mendengar
simfoni lagu suka
terhibur di hujung batin
.. ..
hari ini kau baru sahaja menghirup
udara segar seorang pelajar
di depanmu ada sinar, mula mekar
di luar laut tidak pernah surut
kau harus bersiap belayar tanpa takut
.. ..
bermimpilah
untuk mendakap mesra segulung ijazah
dan sesudah itu anakku
ayah mahu kau menjadi wanita yang tulus
meniti di jalan yang lurus.
Senibayan,
Sungai Ara.
2006/2007
Sajak dari seorang ayahanda kepada anakanda. Entah bagaimana , hati aku terdetik untuk membaca profil-profil ayah dalam laptopnya, dan ku temui selembar satu harapan,sekuntum doa. Tak tertahan air mataku waktu itu, Ya Allah,betapa besarnya, harapan ayah kepada aku. Mampukah aku menunaikan semuanya?? Aku sematkan sajaknya disini, agar apa saja aku lakukan. Hati dan rinduku pada ayah dan emak selalu berbunga, mekar mewangi.Insyaallah.

::Kembali ke ASWARA ::
Cuti semester dah pun sampai ke penghujungnya. Tak sabar rasanya nak balik ke ASWARA. Geram dan risau juga bila result sem 3 lambat keluar. Apa nak jadi pun tak tau, harap-harap aku dapat mengekalkan pointer 3 dan keatas, dan teringin sangat nak mencapai lebih dari apa yang sedia ada. (USM) in target. So that i have to maintain my pointer to get there. Dah nak masuk sem 4. Diam tak diam, dah setahun lebih aku menuntut kat sini. Everything just okay. Lecturers, friends... semua okay. Kadang-kadang menyampah dengan ASWARA. Tapi aku suka. Suka bukan sebab apa pun, aku tak terikat dengan mana2 rules yang ketat sebab disni life aku cool. Tapi apa yang penting, disiplin... and one more thing, persaingan sihat. Disini juga aku mengenal indah seni sebenar. Banyak lagi yang mesti aku belajar. Aku tak da lah rajin sangat,ikut angin! Apapun semester 4 ni, aku nak yang terbaik dari sem lepas, dan aku sentiasa berpegang pada ini, be a better person than yesterday.. keep it up, aina nabila ahmad! Kawan-kawan seperjuangan, aku rindu kamu semua. Jangan pernah menyerah!
:: Deeper Conversation ::
2010 hadir dalam kalendar hidup aku. Cukup bermakna. Barangkali, hidup aku yang dah nak mencecah 20 tahun membuatkan aku sedikit sedar bahawasannya, aku belum dan tidak lagi mencapai apa-apa kepuasan yang aku inginkan sepanjang waktu ini. Maksudku, kepuasan dalamanlah yang dicari, kebahagiaan tanpa bergantung kepada siapa-siapa. Mungkin belum tiba masanya . Ah, bercakap seolah aku yang menunggu masa. Ya,memang benar... aku terpaksa menunggu masa, kerana aku tahu masa takkan menunggu aku. 2009 yang lalu tak banyak yang mengubah apa-apa dalam hidup aku. Sama saja seperti tahun-tahun yang lalu. 2010 apakah memungkin aku berada di suasana yang berbeza, seperti yang aku harapkan? Barangkali. Jika aku benar-benar yakin dengan apa mahuku. dan apa keinginanku. Tak cukup dengan itu, aku tak akan letih mengejar yang pasti. Biar bertatih, asal langkah itu cermat dan selamat. Dan aku akan terus berdiri...dengan doaku, ibubapaku, guru-guruku dan insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraaku... Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)