Inilah yang berlaku pada aku saat ini. The Greatest Torture akan menjadi tajuk besar bagi tahun 3 aku di ASWARA. Syukur Alhamdulillah dengan apa yang aku kecapi hari ini, meski sederhana aku cukup bersyukur dengan adanya kekuatan yang aku terima dari mak ayah aku yang tak putus-putus beri aku bimbingan penuh makna. Untuk tajuk di atas, aku gelarkan kerana torture itu adalah pemikiran yang aku harus kerahkan hari demi hari, waktu demi waktu, detik demi detik. Aku harus siapkan novel BIGFOOT dan lirik lagu. Dan kini ada pula tawaran untuk bekerja membuat skrip animasi 52 episod bersama 4 orang rakan. Aku tidak kuat untuk membuat semua tu sekaligus. Tadi aku berbincang dengan ayah tentang Biografi yang harus aku buat untuk assignment, dan kalau ada rezeki akan diterbitkan. Aku memilih Che Mat Jusoh, tokoh tradisional negara, tetapi malangnya, aku ada rasa sedikit ketidaksudian beliau untuk membantu aku dalam menulis biografi. Lalu aku pun beralih kepada Azmeer. Ayah pun ada call Azmeer, tanya samada beliau sudi atau tidak. Alhamdulillah. Diterima! Berita baik juga andai aku sudah siapkan kesemuanya. Biografi ini akan diterbitkan dalam dwibahasa. Inggeris dan Melayu. Ah, bersemangat lagi aku kali ini. Aku belajar sesuatu hari ini, usah terlalu kejarkan kemewahan bila menulis, jangan kejar nama bila menulis, jangan harapkan apa-apa bila menulis, hiduplah dalam bersederhana. Menulislah dari jiwa, dan orang akan merasa tulisan kita juga dari jiwa. Dan semoga saja Ramadhan kali ni memberi sejuta kekuatan bukannya kekalutan dari dalam juga luar diri aku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.