Friday, August 6, 2010

Ceritera Indah Pagi

Pada suatu indah pagi
Di sebuah dataran sawah padi
Luas.Hijau.
Sesekali ada desir angin yang membujuk awan untuk terus kekal mendung
Membawa angin-angin hingga ke ceruk sarang anak camar.
Si camar terjaga dari tidurnya.
Bertekad cepat-cepat mahu terbang setinggi awan.
Kerana jika tidak,
bila-bila masa dimakan ular.

Pada suatu indah pagi
Di sebuah dataran sawah padi
Masih sama
Luas.Hijau.
Sesekali ada desir angin yang membujuk awan untuk terus kekal mendung
Membawa angin-angin hingga ke sarang sang ular
Si ular terjaga dari tidurnya.
Bertekad cepat-cepat mahu tangkas menyusur celah padi ..
Kerana jika tidak,
bila-bila masa disambar helang.

Tiadalah kisah kiranya engkau si anak camar atau saja si ular besar.
Bila mana terbitnya matahari.
Maka bersiaplah untuk berlari
secepat-cepatnya.
Kerana akan ada...........................

Pada suatu indah pagi.
Apa hari esok masih indah?


Aku biarkan saja tergantung.Kerana jawapannya ada pada kamu.
Pada aku. Pada kita. Pada semua.Terpulanglah.

------------------------------------------------------------------------------
Ceritera pendek indah pagi.
Aina Nabila Ahmad.
Malam yang Purba

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.