KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pensyarah Jabatan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Shamsudin Othman memenangi wang tunai RM1,500 apabila puisinya "Lelaki Mawar Di Puncak Tamadun" menjuarai kategori dewasa Sayembara Menulis Puisi Mengenang Tun Abdul Razak 2009 anjuran Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Shamsudin, anak kelahiran Tangkak, Johor, yang merupakan penyair puisi moden negara, menewaskan Ahmad Hashim bagi puisinya "Kerinduan Ini" yang mendapat tempat kedua, manakala karya Wahyu Budiwa Rendra Abd Wahid bertajuk "Tun Razak: Bapa Pembangunan Karyawan Agung" memenangi tempat ketiga.
Dekan Fakulti Penulisan Aswara Datuk Dr Anwar Ridhwan dalam satu kenyataan di sini berkata pertandingan sayembara itu mendapat sambutan penulis pelbagai kaum dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Ini menunjukkan penyair mewakili rakyat Malaysia sentiasa menyanjung dan mengenang negarawan seperti Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak," kata Anwar.
Sementara itu bagi kategori IPTA/IPTS, Zulfazlan Jumrah memenangi tempat pertama dan ketiga bagi kedua-kedua karyanya "Nakhoda Bangsa II" dan "Sebutir Permata Di Taman Nusantara", diikuti karya Siti Rabiatul Adawiyah Abdul Hadi, "Madukara Di pohon Persada" memenangi tempat kedua.
Juara bagi kategori sekolah menengah pula adalah Aimi Nur Syahirah Mohd Aimi Zaimi bagi puisi "Tun Abdul Razak: Legasi Patriot Bangsa", manakala tempat kedua dimenangi oleh Azea Atirah Mohd Don bagi karya "Jasamu akan Kukenang" dan Ella Syameen Abu Shuja menang tempat ketiga bagi puisi "Pahlawanku".
Lima karya daripada setiap kategori juga akan menerima hadiah saguhati dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan dilangsungkan di kampus Aswara tidak lama lagi.
- BERNAMA -
Berdasarkan laporan Bernama di atas, hari ni, aku mendapat berita dari En Wan yang tiba-tiba menggemparkan aku di kelas Bahasanya, katanya, nama aku turut tersenarai antara pemenang-pemenang sayembara puisi mengenang Tun Abdul Razak. Nampaknya, nama aku tidak ada dalam senarai kategori IPTA/IPTS. Barangkali, aku cuma memenangi peringkat saguhati. Barangkali. Berdoa untuk itu. Moga saja karya aku turut tersenarai untuk lima hadiah saguhati. Ayahandaku, Ahmad B Hashim (Senibayan) dikalahkan oleh kenalannya, Shamsudin Othman, menyandang tempat kedua. Tahniah untuk itu, ayah! Silap aku juga awal-awal semasa hangatnya sayembara itu diperkatakan, aku dan ayah masing-masing hanya menghantar satu saja karya. Sepatutnya, aku dan ayah hantar 3 karya untuk satu borang. Aduh, tidak mengapa. Cumanya aku harap, lain kali, aku akan lebih banyak menghasilkan karya untuk dihantar ke pertandingan.Malu juga kiranya pelajar IPTA/IPTS lain yang 'conquer' keseluruhan hadiah untuk tempat pertama,kedua dan ketiga dan bukannya pelajar ASWARAsendiri!
yup,betul tu..sepatutnya 1 borang sy boleh menghantar seberapa byk karya tp cuma 1 karya je sy htr..in the same time sy juga sibuk ngan PeTA FILM. Anyway dpt tmpat saguhati pon bersyukur jugak tp xbest lar pelajar ASWARA yg jadi tuan rumah tp 1 p0n xtersenarai utk tempat pertama, kedua dan ketiga.
ReplyDeletebetul...saya baru saja dapat surat, memang sagu hti sahaja. cukup besyukur untuk itu sebab yang menilai pun bukan calang-calang orang. Aswara ada tersenarai untuk tempat kedua iaitu Rabiatul Adawiyah bagi kategori IPTA/IPTS. Pelajar Diploma tahun 3.
ReplyDelete