Wednesday, July 14, 2010

RAGAM PRAKTIKAL

Praktikal!!!!! Aku fikir, ini adalah peluang yang sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman dalam industri. Tidak kiralah industri mana pun, kautlah pengalaman dengan orang-orang yang bekerja walaupun masa praktikal ini boleh dikatakan sangat singkat. Ada sesuatu yang aku belajar semasa praktikal, kelulusan akademik bukanlah segala-galanya. Pengalaman dan cara bekerja jauh lebih berharga untuk mencapai kepuasan kecemerlangan andai kata dah keluar bekerja nanti! Itulah yang ayah ajar. Aku melihat ayah bekerja, aku juga melihat ayah belajar dulu, result dekan setiap sem dan menerima pingat emas adalah satu kebanggaan yang aku simpan selama ini untuk turut menjejak kecermelangan seperti ayah. Kecemerlangan akademik harus juga diseimbangi dengan keupayaan bekerja. Keupayaan itulah yang aku cari, dan kalau boleh aku mahu mengimbangi kedua-duanya, Insyaallah!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.