Thursday, July 8, 2010

Coretan Masam-masam Manis

Kali ini ada beberapa hal yang mengujakan hidup aku dia awal bulan Julai ni, boleh dikira Julai 2010 sebagai bulan bertuah aku lewat 2010 ini. Pertama-tama yang ingin aku kongsikan disini, cerpen yang telah aku tulis sekitar Mei lalu sudah pun diterbitkan dalam Majalah E@Siswa keluaran karangkraf publication. Cerpen yang berjudul Pusaka Paling Perkasa karya penuh milik aku boleh dikira karya ke-2 yang pernah muncul di dalam majalah. Rasa begitu berbesar hati apabila karya kecil itu diterima juga oleh editor dari majalah E@Siswa. Semua ini dengan bantuan dari rakan facebook iaitu Usna yang kebetulan bekerja disana sebagai wartawan. Usna pernah menghantar mesej di laman facebook, membuka post kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar sebarang cerpen bersifat ilmiah, boleh saja hantar kepada dia. Nah..apa lagi,aku lantas menyahut seruan itu. Dua cerpen telah ku hantar kepadanya. Insyaallah, sisipan cerpen kedua karya Aina Nabila Ahmad, "Teratak Al-Kausar"akan terbit pada Ogos akan datang.

Ha... hari ni dah masuk minggu ke-3 aku menjalani praktikal di Pusat Seni USM. Pengalaman yang sungguh berharga bila aku diberi beberapa tugas yang agak mencabar kreadibiliti aku sebagai penulis juga sebagai pecinta teater. Aku diberi kepercayaan penuh oleh Timbalan Pengarah Dewan Budaya Pusat Seni USM, iaitu Encik Omar Bidin untuk menulis 3 buah skrip drama pentas dan akan dipentaskan kurang dari seminggu sebelum aku menamatkan praktikal disini. Sebelum itu, aku sekarang sibuk membantu pihak pusat seni dalam program Matra Buana 2, iaitu lanjutan program Matra Buana 1 pada 2009. Program ini mengumpulkan kesemua persembahan tradisonal dari seluruh Malaysia. Pembabitan aku dalam program ini begitu memberikan aku satu sinar baru dalam dunia seni tradisonal. Tidak kurang ada persembahan tradisonal dari Indonesia juga dari Thailand yang bakal mengangkat program ini sebagai satu persembahan peringkat antarabangsa, Insyaallah, Hari-hari ke pejabat, membuatkan aku bersemangat untuk memberikan yang terbaik di sini. Memandangkan sekarang ini masih lagi di dalam mood Piala Dunia, aku agak sedih dan terkilan apabila Germany, pasukan bolasepak dunia kegemaran aku ditewaskan oleh Spain Sotong. Hanya mampu menduduki tempat ketiga apabila menang ke atas Uruguay 3-2...Arggghhhh, Demikian juga dengan hal Mentor 4, realiti show di TV3.Nani Mentor hanya mampu berada ditempat ketiga, membuatkan aku agak kecewa apabila aku sekerluarga menyokong penuh Uncle Azmeer yang seperti sebahagian dari keluarga kami. Perjalanan pulang dari Stadium MPSA Shah Alam Ahad lepas menjadi agak hambar. Tetapi terubat sedikit apabila Nani dan Uncle Azmeer datang makan bersama kami di restoran Pelita Shah Alam.


Semalam aku menerima khabar gembira buat diri aku sendiri serta ma dan ayah. Sedang sibuk di office, aku sempat buka laman web Aswara dan agak terkejut bila keputusan peperiksaan sem 4 dah keluar. agak takut untuk semak, aku gagahkan juga. Alhamdulillah, dengan PNG 3.63 aku melepaskan nafas lega. Firasat aku selepas keluar dari dewan peperiksaan tempoh hari, result akan jatuh merudum sebab ada 2-3 paper yang bikin aku tension. Apapun aku tetap bersyukur, dan aku disini dengan seikhlas hati mengucapkan rasa terima kasih yang tak terhingga buat pensyarah-pensyarah penulisan serta pensyarah wajib akademik yang memberi aku A untuk semua subjek! Dekan untuk kali ke-2 ini memberikan aku kekuatan untuk terus menjadi cemerlang. Aku akan sentiasa ingat satu perkara. Jangan pernah mengejar kejayaan, tetapi jadilah yang cemerlang. Bilamana kita menjadi yang cemerlang, kejayaanlah yang akan mengejar kita! Demikianlah serba sedikit coretan masam-masam manis aku buat kali ini. Inilah hidup aku. Juga hidup sesiapapun. Ada kalanya masam, pahit, manis, atau sapa saja rasa yang harus ditelan, dikunyah tanpa harus dipaksa, itulah lumrah. Aku angap semua ini rezeki dari Allah Taala.dan aku akan sentiasa berusaha mengikut landasan-Nya. Amin.


2 comments:

  1. tahniah syg!!! u really did a great job! tahniah utk dekan kali ke-2 jugak huhu..boleh lah blanja akak lps ni hehehe~result utk degree knp tak boleh ya? or dorang tak submit lagi kot? jmpa kat aswara soon =)

    ReplyDelete
  2. hehehe...terima kasih my shayang!!
    insyaallha, bukan you yang kena blanja ka?
    hehehe...result for degree, im not sure,
    sebab ada portal for diploma saja.
    webmaster tak upgrade lagi kot.very the lembab.
    yea..c yaaa....!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.