Belakangan ini, maksud aku sekitar Disember, segala macam hal yang bermain di luar dan dalam diri aku. Ada rasa sentimental yang tak terluahkan. Aku kalau boleh mahu melabuhkan tirai 2010 dengan rasa tenang dan syukur. Penuh kebahagiaan. Akan tetapi, entah kenapa masih terasa kekurangan yang tidak mampu aku tampung. Pertamanya berhubung dengan peperiksaan lepas. Aku rasa aku tidak melakukan sehabis baik seperti yang sebelumnya. Kalau keputusan aku merudum semester ini, jawapannya ada pada aku sendiri. Aku akui itu. Aku kurang perhatian semester ini. Sebenarnya aku takut. Aku takut kalau-kalau tidak dapat mengekalkan keputusan yang sedia ada. Aku takut. Sungguh. Aku sebenarnya mahu menaikkan HPNG yang sedia ada. Kalau boleh mahu melepasi 3.50 untuk kesemua semester. Aku cuba kumpul sedaya yang mampu. Cuma ada beberapa subjek wajib (Persembahan tradisional) sangat menggangu keputusan aku. Sejak sem satu lagi subjek wajib itu sudah menghancurkan keputusan aku. Aku tidak berniat untuk menjadi yang terbaik. Jauh sekali. Hal ini bersebab. Aku mahu dapatkan biasiswa untuk melanjutkan program ijazah di IPTA kalau boleh. Aku kena sedar, aku tak boleh sama sekali mengharapkan ayah aku. Aku masih ada adik beradik yang lain. Segala tanggungan semuanya terletak pada bahu ayah. Aku benar-benar mahu dapatkan biasiswa! Aku bukannya orang senang. Boleh kata, sederhana. Ya, cuma sederhana. Tapi, entah kenapa, ada sedikit rasa kesal di benak hati. Ada bisik jiwa yang menggetarkan rasa,"aku takkan mampu pertahankan keputusan peperiksaan semester ini". Aku takut Ya Allah. Semoga aku kuat dan aku hanya mampu tawakal. Aku ada 5 subjek, dan yang merunsingkan aku sekarang ini, subjek yang sikit ini memberi satu bebanan dan cabaran sebenarnya.
Baru-baru ini aku ada mengikuti English Camp sebagai Fascilitator di UPM selama 3 hari 2 malam. Aku ditempatkan di Fakulti Perhutanan bersama yang lain. Semuanya berlansung dengan baik. Alhamdulillah. Cuma ada beberapa hal yang banyak menyedarkan tentang manusia sekeliling dan bagaimana untuk berhadapan dengan sesuatu keadaan itu secara positif dan bijak. Lewat akhir ini, aku banyak timba pengajaran dari pengalaman sejenak cuma. Untuk mematangkan aku. Mendewasakan aku. Sungguh, kesilapan yang lalu, aku akan cuba hindari. Sesungguhnya aku, manusia biasa tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan pada diri, juga pada orang lain. Aku tahu, aku sentiasa ada Tuhan yang selalu mendengar.
Ada satu perkara yang aku sentiasa pegang dalam hidup. Hidup harus bijak memilih. Dalam apa jua situasi sekalipun, aku percaya, kita semua ada hak untuk memilih. Bezanya, samada kita memilih yang baik atau sebaliknya. Jadi aku harus bijak dalam memilih. Pilihan yang aku buat itulah sebenarnya mencerminkan siapa aku. Memilih dalam berkawan, bidang kerjaya, kehidupan dan segalanya. Aku agak lewat untuk membuat pilihan dalam hidup kerana aku masih ada sikap kebergantungan pada ibu bapa. Tapi mak dan ayah sentiasa memberi pilihan pada aku. Aku agak bertuah dari segi itu. Walaupun serba sederhana. Aku masih diberi pilihan meski aku belum mampu membuat pilihan sendiri. Pun begitu, meski aku lambat tentang soal pilihan, pilihan mak ayah tetap yang erbaik untuk aku dalam menelusuri kehidupan aku. Aku dah mencapai umur 2o tahun bulan ini. Dan aku sangat gembira dan bersyukur. Umur 20 tahun seakan angka yang sudah cukup banyak. Tetapi, masih ada kurangnya. Belum ada apa-apa pencapaian yang dapat aku banggakan di usia aku 20 tahun ini. Dan sekarang, mak ayah aku sudah memberi peluang pada aku untuk membuat pilihan sendiri. Pilihan aku? Aku mahu lakukan sesuatu yang membanggakan mereka sebelum umur aku 23 tahun. Dan seterus itu, ada pilihan dan aku boleh memilih apa saja keputusan untuk menjayakanya. Insyaallah.

Seminggu lagi, aku dan sekerluarga akan pergi bercuti. Mahu benar aku lepaskan segala resah gelisah yang ada sebelum membawa azam baru. Setiap tahun tidak sama bagi aku. Setiap tahun membawa kematangan yang berbeza. Untuk tahun ini, aku sudah hadapi segala macam perkara. Rasa tidak sabar untuk menghabiskan pengajian di Aswara pun ada. Cumanya, entahlah. Seperti mahu mengeluh semahunya. Aku mahukan kekuatan luar dan dalam. Alhamdulillah, aku punya keluarga yang memahami. Punya teman-teman yang masih menyayangi. Cuma ada beberapa hal yang aku perlu perbaiki mengenai aku yang aku tahu agak tidak baik untuk aku teruskan. Biar sajalah hal itu aku simpan pada diri. Yang penting, aku mahu capai apa yang aku mahu, target untuk melepasi HPNG 3.50! Masih ada peluangkah untuk mengejar mata 0.11 sebelum menamatkan diploma? Aku dah berusaha, sekarang aku berserah. Selamatkanlah aku, Ya Allah!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.