Memandangkan aku sudah pun berada di tahun 3, semester 5 di ASWARA, raya kali ini menjadi yang terakhir aku raikan disini bersama teman-teman fakulti penulisan. Agak meriah untuk aku kenangkan waktu-waktu singkat bersama mereka. Jamuan baru-baru ini, ringkas dan biasa-biasa sahaja. Terima kasih buat emak fatin yang sudi masak beberapa hidangan istimewa untuk hidangan jamuan raya. Kak Zie dan Adah juga turut menyumbang tenaga menyediakan makanan yang tidak kurang enaknya. Semua pensyarah turut dijemput dan agak menggembirakan bila semua berkumpul sekali. Aku dan teman-teman, seperti biasa, tidak lengkap kalau tidak bergambar merakam kenangan bersama. Inilah kemeriahan terakhir yang sempat aku kongsikan di blog ini.

Ha..semua manis-manis belaka, bukan? hahahahaha..gambar makan aiskrim tu abaikan.Itu semasa jamuan terbuka SENI SINI ASWARA. Makan tak hengat namanya. Segan nak upload yang lain....hihihi....seronok sebenarnya kan pergi rumah terbuka ni....makan-makan-makan.....setiap bulan kalau ada perayaan, kompon jadi belon udara kembang. =)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.