Monday, November 1, 2010

Memaafkan dan Dimaafkan

Aku bersyukur hari ini, kerana aku diberi peluang untuk mencuci hati aku dengan mengisi ruang maaf dan meminta maaf apabila melakukan kesalahan yang tak ingin pun aku lakukan. Hari ini , aku belajar sesuatu; jangan pernah biar emosi mendasari akal fikiran, jangan pernah mebiarkan hati menerajangi akal fikiran. Kerana itu akan menghancurkan hidup walau dengan sepatah dua perkataan tidak enak didengar. Aku juga sudah dan telahpun memperbodohkan diri barangkali. Ya, hal itu semmangnya bodoh dan aku turut menjerumuskan diri dengan kebodohan itu. Mendengar dari orang yang tidak sepatutnya, menilai dari segi yang tidak sepatutnya. AH, itu memang bodoh. Aku tidak sesekali mahu mengajar dan tidak pernah terajar untuk melakukan itu. Aku tersilap, dan semoga saja kesilapan ini mematangkan aku dikemudian hari dan membuka ruang seribu debar untuk mengisi diri dengan nilai-nilai yang baik dan bukan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.