Sunday, March 21, 2010

STRUKTUR PERTUTURAN DRAMATIK (BABAK)

CERITA

I – Pembukaan dan persiapan

II – Pengembangan

III – Penyelesaian/Peleraian

Penuturan Dramatik adalah menyampaikan cerita naratif adalah menuturkan jalan cerita dengan tujuan penonton memahami. Tidak ada maksud untuk mengganggu emosi penonton. Sekiranya yang disajikan cerita drama atau teater, maka rangka itu dibuat untuk memujuk penonton berpihak kepada watak protagonist dan ikut bersamanya memecah masalah utama dan mencapai tujuan utama. Bagi melahirkan cerita dramatic, resepi klasik ini harus digunakan di dalam konteks 3 babak. Bagi para penulis muda yang kreatif, lazimnya kalau tidak terikat pada konsep klasik yang sudah konvensional, mereka ingin menemukan cara-cara baru.Namun begitu, bagi penulisan dramatic, naskah drama atau skrip filem, kaedah ini masih relevan. Ini kerana metod berdasarkan syarat logik bagi penonton untuk dapat menikmati struktur dramatic yang disajikan. Penonton harus dipersiapkan terlebih dahulu bagi mengenali pokok cerita (persoalan) dan disesuaikan agar mereka ini juga terlibat secara emosional dengan protagonis). Menyediakan penonton dengan pengenalan watak-watak utamanya, harus bermula pada babak. Di dalam babak 2 barulah berlangsung cerita yang sebetulnya. Dan pada babak 3 disediakan kesempatan bagi penonton memantapkan pemahaman terakhir dan menarik kesimpulan.

Babak 1 disebut ‘opening’ atau persiapan. Tugas dan rekayasa(pemantapan) yang dilakukan oleh penulis skrip adalah :

a) membuat penonton cepat memfokuskan pada teater

b) membuat penonton bersimpati pada protagonist

c) membuat penonton mengetahui apa masalah utama protagonist

Ketika drama mula dipentaskan, penonton belum terfokus kepada apa yang nampak dipentas. Maka perhatian penonton pada waktu itu harus dijerat. (dipaksa melihat ke pentas). Cara menjerat perhatian penonton banyak variasi, ertinya banyak cara dan teknik yang boleh dilakukan. Sesuai dengan jenis cerita dan sesuai dengan petutur si penulis skrip. Atau gaya pelakon yang bakal membawa watak berkenaan. Di Malaysia gaya bertutur Rahim Razali dituturkan oleh Eman Manan. Dalam Drama Jangan Bunuh Rama-Rama ( Noordin Hassan) di Universiti Malaya diubah menjadi teks karya 3 zaman oleh Zakaria Ariffin. Bahagian yang boleh menjerat penonton boleh jadi bahagian yang tegang seperti adegan berkejaran dengan polis atau sebagainya.Adegan-adegan yang tenang, riuh-rendah, boleh mengundang rasa ingin tahu penonton. Apapun cara yang dipakai untuk menjerat penonton, haruslah serasi dengan jenis cerita dan harus menunjang keseluruhan cerita kerana tidak selalu sang pengarang itu terpinggir.


21 MAC 2010

BILIK KULIAH 7

ASWARA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.