Tuesday, June 1, 2010

Airmata 20 Jamadilakhir 1431 Hijrah - Darah Shuhada

Diedit oleh Aina Nabila Ahmad- copyright 2008

Entah mengapa, pagi ini aku agak emosional membicarakan isu peperangan yang jarang sekali aku kurang berminat untuk menyentuhnya walau sedikit. Ada semacam 'soul' yang menggerakkan nurani aku untuk membicara, menghayati dan menelurusi peperangan dunia Islam. Bukan aku tidak sensitif tentang isu ini, cuba aku lebih gemar mengelakkan diri aku dari kesedihan yang aku tak pasti sampai bila. Isu pasukan rela yang dibunuh kejam oleh rejim Israel termasuk warga Malaysia dan Indonesia begitu merobek per
asaan aku. Getarnya menusuk sembilu. Sudahlah orang-orang GAZA si anjing Amerika dah tawan, bunuh, seksa dan segala macam hal yang berlaku. Pasukan bantuan , relawan pun turut jadi mangsa. Tuhan, apa sudah jadi dengan bumi-Mu Ya Allah. Darah parah shuhada merata-rata. Tangis anak-anak kecil, orang-orang tua, tak siapa dengarkan. Allahuakbar!

Aku buka laman web yang berkaitan peperangan lewat pagi ini. Hati aku menangis. Jiwa aku. Semuanya. Ya benar, aku selesa disini.Aku bersyukur. Saban hari aku merungut tentang kehidupan. Tapi mereka? Anak-anak GAZA? akan bagaimanakah nanti penghidupan mereka? Bagaimana?? Kadang-kadang aku mahu sekali bertanya kepada Tuhan dan ingin sekali aku menerima jawapanNya. Mengapa harus begitu?


Ada yang mempersoalkan ramai lagi yang susah di Malaysia, kenapa harus bantu Palestin?
Itu antara soalan terbodoh pernah aku dengar. Di Malaysia kamu ada peluang untuk memperbaiki hidup. Kamu hidup dalam keadaan aman. Tak ada peluru, bedil-bedilan yang menghalang kamu untuk cari makan. Tak ada nuklear yang mengancam nyawa untuk keluar mengubah cara hidup. Tidak ada! Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, pen duduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga tur
ut disekat sejak sekian lama. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untukmembantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini.Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah diancam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.

"Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat." (Al Baqarah : Ayat 200)



Diedit oleh Aina Nabila Ahmad- copyright 2008

Semoga segalanya berakhir . Amin Ya Rabbal Alamin... ='(

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.