Wednesday, July 14, 2010

Matra Buana 2


Jadual Praktikal aku kali ini dipenuhi dengan satu acara tradisonal, Matra Buana 2 yang akan berlansung di Auditorium Dewan Budaya USM pada 15 & 16 Julai ni. Matra Buana 2 merupakan program kesinambungan program Mantra Buana yang diadakan pada tahun lepas. Program ini ialah sebuah program yang menggabungkan pelbagai jenis persembahan tradisional melayu dari seluruh Malaysia dipersembahkan kepada khalayak dengan tujuan memberi pendedahan kepada generasi baru di samping memartabatkan kembali bentuk-bentuk persembahan tradisional Melayu. Aku memikul tanggungjawab sebagai Penolong Setiausaha merangkap Krew Kental bagi program ini.Bunyi agak bersemangat bukan? hahaha, Bukan apa, tadi aku baru menerima khabar gembira, kerja ini akan bukan sekadar praktikal, juga dibayar! Khabar gembira yang kedua tidak lain tidak bukan tentang teater yang aku pernah bincang dengan ayah dan bos tempoh hari. Pementasan dijadualkan akan berlansung selama 3 malam berturut-turut bermula dari 26,27 dan 28 Julai ini. Monolog 3 Wajah akan menjadi teater ke-2 aku selepas teater Anak di Aswara. Aku harus daftar sem baru pada 25 Julai nanti, tapi tak apalah, aku pergi daftar dulu, dan untuk seminggu aku akan fokus pada teater ini dulu. Lebih kurang 700-800 pelajar baru USM akan diwar-warkan untuk hadir pementasan kali ini. Tiket akan dijual dan aku agak gementar bila berada ditempat orang ni. Maksud aku, bekerja dengan pelajar Usm, dan bukannya di ASWARA,. Tapi tidak mengapa, aku cuma berdoa dan harap dapat lakukan yang terbaik, Insyaallah!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.