
Dan malam ini....aku berbicara sendiri...tak lena tak mati, berbicara tentang dosa yang semakin menggunung, tak kusedari. Sedar mungkin. Ahh!! Tak bodoh, jahil! Semakin jauh aku denganNya. Semakin jahil membawa diri. Entah mengapa saat ini seakan mahu memeluk yang tersayang, mahu melepas segala keluh resah. Mak, ayah...maafkan kakak! Tak mampu lagi aku berdiri di sini seorang diri...Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah hamba-Mu yang maha kerdil ini. Semoga saja hari-hariku tak lagi hanyut seperti hari-hari semalam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.