Tuesday, February 16, 2010

Akan Bersatukah Kita?

Hari-hari aku belek akhbar, kadang-kadang berkesempatan juga menonton berita. Aku disni bukanlah untuk bercakap tentang akhbar, atau berita secara amnya. Tetapi tentang kandungannya yang boleh dikatakan hari-hari mengadap PERPECAHAN. Mengapa semua ini berlaku? Adakah manusia, kita sendiri memang suka akan perpecahan baik secara luar mahupun dalaman. Aku bertanya pada diri, akan bersatukah kita? Bersatu yang aku maksudkan merujuk kepada aku dan kita smua sebagai umat Islam dan Melayu. Aku tak pasti sampai bila, cuma aku ada terbaca dari satu post dari sebuah laman web yang berkata, kita memang takkan bersatu sekiranya ada Islam UMNO, Islam Pas,Islam PKR dan Islam lain-lain yang membawa kepada perpecahan yang parah sebenarnya dalam kelompok umat Islam dan Melayu Malaysia. Aku bersetuju dengan kenyataan dan soalan barangkali. Aku bertanya sekali lagi, akan bersatukah kita?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.