Saturday, February 27, 2010

Bijak, Pandai.......Cerdik!

Berbicaralah Sang Bijak, Sang Pandai dan Sang Cerdik dalam kuliah imagin mereka.

Sang Cerdik : Wahai sahabatku, Sang Bijak dan Sang Pandai. Apakah kita ini berbeza? Kalau betul kita berbeza mengapa kita juga serupa dalam masa yang sama?

Sang Pandai : Kita sama. Ya, kita juga berbeza! Tetapi akulah yang paling pandai!

Sang Bijak : Habis, aku? Bukankah aku yang paling bijak, Cerdik juga, bukankah dia yang paling Cerdik, wahai Sang Pandai.

Sang Pandai : Betul katamu, Sang Bijak. Habis, apalah yang membezakan kita?

-------------------------------------------------------------

Lewat malam tadi, aku ke bilik kakak Fiqa, dan seperti biasa, akan ada Kak Marrul. Dan kami akan selalu bercakap tentang berbagai perkara. Dan aku juga seperti biasa suka membuka topik dan sama-sama kami memberi andaian masing-masing. Kali ini, mengenai 3 perkara yang sama, tetapi jauh berbeza pada sudut pandangan aku. BIJAK, PANDAI dan CERDIK. Kata orang, kalau nak hidup, kena CERDIK. Benar. Tapi bagi aku, Cerdik hanyalah untuk kepentingan diri. Anda cerdik untuk mendapatkan perhatian, atau kepentingan diri anda. Misal kata cerita Sang Kancil dengan Sang Buaya, mengapa perlu kata Sang Kancil itu CERDIK? kerana, Sang Kancil menggunakan kecerdikannya untuk kepentingannya menyeberangi sungai dengan melompat atas badan buaya yang DITIPUNYA. CERDIK dan MENIPU, memang 2 perkataan begitu sinonim sifatnya. Orang Cerdik selalu untung. Tapi tak lama. Sebab caranya salah. Boleh jadi Cerdik itu dari sudut positif, tetapi majoritinya, bersifat NEGATIF. Penting diri itu sendiri pun adalah satu sikap negatif. Jadi apa lagi dengan Cerdik. Politik pun tidak kurang hebat kecerdikannya. (tiba-tiba masuk unsur politik).Atau ada juga yang memang semulajadi CERDIK, itu lain ceritalah. GENIUS namanya. Jadi, apa pula erti BIJAK, juga ceridk bukan? Ya, hidup ni kena BIJAK. Memang dan perlu. Apa bezanya CERDIK dan BIJAK? Pening? Jangan pening. Bijak adalah orang-orang yang menjaga kepentingan diri dan kepentingan orang lain. Bijak mengatur masa contohnya. Bila anda bijak mengatur masa, anda tidak akan rugi. Masa orang lain dengan anda juga tidak akan rugi. Itu, perihal bijak dan sebagai contoh sahaja. Pada pandangan aku. Bijak atau SMART. Lebih merujuk kepada pemikiran yang lebih luas. Setiap aspek ditelitinya dengan betul, malah dengan cara yang POSITIF dan bermatlamat jelas. Orang yang bijak selalunya menyeimbangkan perkara yang dilakukannya. Orang kategori ini, kadangnya tidak disenangi ramai, lebih-lebih lagi bila menyentuh tentang aspek pemikiran. Dan perbandingan pemikiranya dengan pemikiran orang lain, ternyata, yang bijak inilah akan mendapat 'point' lebih dan dia boleh hidup dengan kebijakannya itu. Kerana apa, dalam masa yang sama, dia juga CERDIK, dan dia juga PANDAI.Keseimbangan. Pandai? Pandai, hanya bila anda tahu apa yang anda mahu. Mahu skor dalam pelajaran misalnya, Baca, Rajin, Bermatlamat dan berusaha ke arah matlamat itu. Jadi matlamat itu, anda dah pun capai. Kerana apa, kerana anda menggunakan kepandaian anda yang telah pun anda tahu selepas anda cari tahu. Jadi, cari tahu itu membawa kepada PANDAI. Anda mungkin pandai. Tetapi anda tak semestinya Bijak atau Cerdik. Apapun, ini hanyalah teori yang sengaja ditimbulkan, dan boleh juga ditenggelamkan bila-bila sahaja oleh siapa-siapa sahaja. Masing-masing punya ideologi, boleh diterima dan digunapakai mengikut saluran yang betul. Yang pasti, ketiga-tiga sifat ini, serupa tapi tak sama!


*** Tidak ada kena mengena dengan sesiapa, cuma lahir dari hati dan pemikiran penulis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.