Wednesday, February 17, 2010

Apakah Tuhan mendengar AKU?

Aku di sini..
Sepi mengurung jasadku yang belum pergi...
Pandanganku kabur, teringat caci...
Aku bertanya diri...
Ada apa dalam hati?
tidak ada apa-apa.
Cuma, kosong yang memerli.

Aku tak mengerti
Apakah Tuhan mendengar aku
saat tangis aku tak mahu henti.
Saat dada berkencang laju tak seperti hari-hari...
Apa akan hadir satu nyala yang bakal membuang perih..
Rasaku..mati!!!
Pedih....tak beerti.

Sekali lagi ku bertanya...
Dengarkah Kau pada syahdu rintih.
Yang tak pernah kulihat kelibat penghujungnya
Sungguhpun diri ini telah jauh bertatih...
Letih!

3.36 a.m
Kamar Gelita.
18 Feb 2010

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.