BEBALISM adalah satu teori yang tidakdisengajakan berlaku atau dibuat yang terfikir dari seorang pensyarah aku pada sem lalu yang aku sendiri pun dah lupa pada sem mana.Lol. Tiba-tiba sahaja membuatkan aku terfikir sejauh mana kebenaran mengenai wujudnya satu sikap yang dipanggil sebagai BEBAL yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu kita khasnya. Aku tak pasti sama ada aku terlalu menonjolkan komuniti Melayu dengan teori ini atau bangsa-bangsa lain juga punya sikap seperti ini, atau jauh lebih buruk mungkin? Kebarangkalian sikap ini ada pada masyarakat Melayu, bukan. Atau, memang ada, dan ianya seperti diwarisi? Sikap bebal pada pandangan aku, merujuk kepada pemberontakan dalaman atau rungutan individu terhadap sesuatu perkara secara dalaman, tetapi ingin sekali ditonjolkan (dalam erti kata lain untuk menarik orang lain cuba memahami situasi yang tidak disukai dan mengharapkan yang baik untuk dirinya) Sikap ini bagi aku, ternyata biasa. Kita punya hak untuk menegakkan yang baik atau mencantaskan yang buruk (jika perlu). Aku bercakap bukanlah mewakili sifat emosi seorang wanita yang mungkin dianggap sebilangan besar luar sana, BEBALISM lebih merujuk kepada pengarauh emosi kaum wanita dan bukanlah kaum lelaki. Memang benar, pihak wanita yang mendominasi pengaruh Emosi. Tetapi ingin aku tegaskan disini, bukanlah perihal perasaan atau hal lain yang melibatkan emosi. Tetapi SIKAP yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu yang turun temurun sifat semulajadi itu (BEBAL). Ianya mungkin positif. Mungkin juga negatif. Tetapi apapun teori yang diberikan kepada masyarakat Melayu. Akan terjagakah mereka? Akan tersedarkah mereka? Entahkan ya, entahkan tidak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.