Saturday, January 9, 2010

Jejakku Di Istana Arau,Perlis.

Berakhirnya Teater Keliling Tok Janggut, arahan ayahanda Senibayan di Perlis Indera Kayangan meninggalkan seribu satu erti buat diri aku dan keluarga. Mana tidaknya, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Perlis serta Raja perempuan, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid yang dijemput hadir ke pementasan ini begitu berpuas hati dan ayahanda ,aku sekerluarga serta sahabat krew dijemput pula ke istana untuk santapan tengah hari bersama raja dan permaisuri pada esok harinya. Satu kenangan indah buat aku, dan rasa bertuah kerana tidak semua yang dapat menjejak kaki ke istana semudahnya. Tapi berkat usaha ayahanda yang dihargai pihak raja dan permaisuri, membuatkan aku turut berbangga dengan pementasan Tok Janggut pada kali ini. Syabas untuk semua aktivis teater Tok Janggut dan terima kasih banyak-banyak atas komitmen yang anda semua berikan.


Di sini aku ingin berkongsi secebis kenangan indah aku sepanjang disana. Sebelum ini aku fikir, kehidupan Raja adalah yang termudah di muka bumi ini, Sangkaan ku ternyata salah. Raja memikul tanggungjawab besar, sebagai ketua agama negeri dan beberapa hal lagi yang memerlukan perhatian dari pihak mereka. Menjejakkan kaki ke Istana Arau tempoh hari membuat aku kagum dengan keindahan senibina istana itu sendiri khususnya. Aku agak runsing hari tu tentang pemakaian, aku tak ada pula bawa baju kurung atau pakaian formal. Tak expect pun nak dijemput ke istana, jadi aku dengan slumbernya, memakai jeans dan kemeja lengan panjang. Nasib agak baik, ramai jugak yang kelihatan tak bersedia dari segi pemakain, jadi aku pun biasa sajalah. : )



Kawasan luar muzium Istana Arau.


Tempat pembakaran surat-surat sulit diraja.

Menurut penjaga Istana,aku difahamkan bangunan lama Istana ni, tidak dikenalpasti atau tiada sejarah dan usul yang pasti mengenai pembinaan bangunan ini. Aku juga dibawa melawat ke balairung istana selepas sahaja selesai makan tengah hari diringi oleh setiausaha sulit diraja.


Bersama keluarga, di balairung Istana..


Tempat bersantap Raja dan Permaisuri
sempat lagi aku capture sementara menunggu
ketibaan Raja dan Raja Perempuan Perlis.


Gambar Ma dengan adik yang sempat aku capture.

Setakat ini sajalah yang dapat aku kongsikan. Apa yang best, aku turut menerima saguhati RM50 dari pihak Raja dan Raja Perempuan Perlis sebelum berangkat pulang. Kenangan yang tak akan lupakan dan yang pasti, makanan disana, memang best. Kredit to chef-chef yang baik hati melayan karenah kami!

2 comments:

  1. jumpa nanti cerita lebih lanjut tentang pengalaman di istana!!

    ini pengalaman yang gempak huhu

    tak sabar nak dengar!

    oh ya...nak i beritahu, akak, kak sya dan nughul duduk asrama..how bout you?

    ReplyDelete
  2. yeaaa!!!!!yahuuuuu i got gang!!!!! aina pon masuk asrama....tak sabar ni..c u on monday dear!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.