buat Aina Nabila pada Majlis Anugerah Cemerlang)
Apabila kau berdiri menerima anugerah itu
ayah mahu kau melihat
percik warna gembira
terpalit pada sukma
ayah mahu kau mendengar
simfoni lagu suka
terhibur di hujung batin
.. ..
hari ini kau baru sahaja menghirup
udara segar seorang pelajar
di depanmu ada sinar, mula mekar
di luar laut tidak pernah surut
kau harus bersiap belayar tanpa takut
.. ..
bermimpilah
untuk mendakap mesra segulung ijazah
dan sesudah itu anakku
ayah mahu kau menjadi wanita yang tulus
meniti di jalan yang lurus.
Senibayan,
Sungai Ara.
2006/2007
Sajak dari seorang ayahanda kepada anakanda. Entah bagaimana , hati aku terdetik untuk membaca profil-profil ayah dalam laptopnya, dan ku temui selembar satu harapan,sekuntum doa. Tak tertahan air mataku waktu itu, Ya Allah,betapa besarnya, harapan ayah kepada aku. Mampukah aku menunaikan semuanya?? Aku sematkan sajaknya disini, agar apa saja aku lakukan. Hati dan rinduku pada ayah dan emak selalu berbunga, mekar mewangi.Insyaallah.
sweetnya...
ReplyDeleteada puisi sebagai hadiah...
aina boleh1
kita sama2 teruskan usaha.
bakat ayah aina sebagai pemikir seni mengalir dalam tubuh aina
Sama2 berdoa :)
Insyaallah ka..sama-sama kita doakan...
ReplyDeleteI love u sista!!