2010 hadir dalam kalendar hidup aku. Cukup bermakna. Barangkali, hidup aku yang dah nak mencecah 20 tahun membuatkan aku sedikit sedar bahawasannya, aku belum dan tidak lagi mencapai apa-apa kepuasan yang aku inginkan sepanjang waktu ini. Maksudku, kepuasan dalamanlah yang dicari, kebahagiaan tanpa bergantung kepada siapa-siapa. Mungkin belum tiba masanya . Ah, bercakap seolah aku yang menunggu masa. Ya,memang benar... aku terpaksa menunggu masa, kerana aku tahu masa takkan menunggu aku. 2009 yang lalu tak banyak yang mengubah apa-apa dalam hidup aku. Sama saja seperti tahun-tahun yang lalu. 2010 apakah memungkin aku berada di suasana yang berbeza, seperti yang aku harapkan? Barangkali. Jika aku benar-benar yakin dengan apa mahuku. dan apa keinginanku. Tak cukup dengan itu, aku tak akan letih mengejar yang pasti. Biar bertatih, asal langkah itu cermat dan selamat. Dan aku akan terus berdiri...dengan doaku, ibubapaku, guru-guruku dan insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraaku... Amin.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.